By Karl Hummingbird

Sunday, May 27, 2012

Eh saya tak bercakap di Youtube.

Obviously my lame brain terpikir nak buat video konon untuk youtube, but i am so chicken sbb tak berani and buat keputusan to just post it here in my blog.

video

Ps : I am stress out over my assignments. Ini cara saya untuk menenangkan diri. Bercakap sorg2 kat webcam. Haha

Monday, May 21, 2012

Tiga tahun.


Hello.

Bangun pagi hari ni sebab malam tadi tidur awal. Sangat awal. Tak bukan Awal Ashaari. Awal je. Ok tak lawak. kthxbye

But seriously tidur tersangat awal malam semalam, jadi pagi ni bangun pun tersangat awal padahal kelas hari ni lambat pukul tiga petang. So disebabkan takut tertido balik dan akibatnya nanti akan lambat ke kelas atau langsung tak pergi, aku ambil peluang ini untuk menulis la. Lagi pon kan baru on balik blog ni, semangat masih membara. Tunggu la dua tiga hari akan datang. Password blogger pon sure lupa balik.


Entry kali ni aku nak tulis pasal Glee. Sebab minggu ni adalah episode terakhir Glee untuk musim ketiga. Ha maknanya dah tiga tahun jugak la setiap hari Rabu aku akan tengok Glee. Dan setiap hari Rabu tu la yang paling aku tunggu setiap minggu. Sesetengah orang cakap Glee dah tak best, Glee makin bosan, Glee dah sampah. Tapi bagi aku tak. Ade aku kesah ko pikir apa. Haha Eh tak la. Tu hak memasingkan. Tapi aku memang jenis yang tengok satu, satu tu je la. Tak de dua tiga empat dan lima. Selama tiga tahun aku tengok Glee ni, aku rasa aku banyak berubah dan menjadi lebih aku. Ok bunyi macam dramatik kan? Tapi nak buat macam mana. Tu yang aku rasa.

Lepas abis episode terakhir musim ketiga ni. Beberapa karaktor dalam Glee akan graduate. Sebab tu tajuk untuk episode ni "Graduation". Watak2 macam Rachel, Kurt, Finn, Quinn, Santana, Mercedes, Puck dan Mike Chang akan berkurangan la lepas ni. Atau mungkin dah tak de langsung. Semua bergantung pada jalan cerita dan skrip untuk musim ke 4.

Jadi disebabkan dah musim ke empat, aku pun dah semakin tua. Aku dilemma nak continue tengok Glee atau pun stop. Bak kata orang, kalau sayangkan sesuatu tu lepaskan la ia pergi. Cewaahh. Ha jadi patutkah aku melepaskan Glee pergi? Tapi Glee teman aku setiap minggu kot. Sayangnya.

Dilemma la. Aku takut kalau aku still mengikuti lama2 aku jadi tak suka dekat Glee. Aku tak nak la jadi benda2 macam tu. Sebab Glee secara tak langsung bagi aku keyakinan untuk menjadi diri sendiri. Jadi selepas tiga tahun bersama Glee, patutkah aku berhenti? OhmyGlee! I dont know what to do.




Sunday, May 20, 2012

Un Nouveau Chapitre

"Un nouveau chapitre" atau pun "A new chapter" atau pun, "Lembaran Baru". Dan tak aku tak tahu nak berbahasa France, aku google translate je sebab rasa macam cool gila kalau letak title dalam bahasa France.

Lama gila tak menulis blog, sebabnya seperti kebiasaan, bila hidup aku kurang masalah dan sering dikelilingi orang yang disayangi mulalah blog ni aku lupakan. Masalah betul nak betul betul luangkan masa untuk menulis blog sebab aku jenisnya kalau nak menulis kene ada mood. Dan kebiasaan nya mood aku datang last minit. Kalau aku bukak laptop hanya untuk update blog tu memang jaranglah sekali. Atau entah2 memang tak langsung kot.

Tapi, lately terasa macam rindu nak menulis blog, tapi disebabkan aku dah tersalah edit layout blog ni awal tahun yang lalu yang mana telah mengakibatkan blog ini kelihatan sangat kucar kacir. Keputusan untuk memprivatekan blog telah diambil. Alhamdulillah, hari ini rajin nak search and cari layout baru. Edit sikit2 sebab malas dan sekarang dapat dibukak balik blog aku ni. Yey happy gumbiranya saya.

So thats it. Harap2 dapat lah kerajinan untuk mengupdate blog. Sebab bukan apa, kadang2 ada masa2 kita tak ada sesiapa disekeliling. At least kalau ada blog ni, dapat jugak la buat sesuatu. Dari duduk tak buat apa. Kan... :p

Alritey. Till next entry. Salam.




Wednesday, December 28, 2011

Hujung tahun dah!

Hello blog buddies... :)

WOW! lama gila tak update blog. Well, biasalah life kekadang busy kekadang tak busy tapi malas pulak nak menulis blog.

Walauweh, intro dia tak tahan macam blog dia berjuta orang baca. But whatever it is. Entry kali ni just nak cakap 2011 banyak tinggalkan kenangan manis dalam hidup. Terima kasih buat segala galanya yang dianugerahkan dalam taun 2011. Syukur dan segala puji bagi Allah di atas segala nikmat kurnianya sepanjang tahun ini.

InsyaAllah, dengan izin-Nya, 2012 yang bakal menjelma diharap bakal mensajikan segala yang terbaik. :)

Kepada semua rakan dan taulan, selamat tahun baru. nanti kalau rajin2, aku buat entry pukul rata memori2 2011.. kalau tak rajin, kita sambut je lah 2012 dengan azam, doa dan kegembiraan..

HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!! toodles!

Wednesday, August 3, 2011

Assalamualaikum!!! Kom apa kombet??



Hello blog buddies... hatcchhhuuuumm!!!

Perggh tak ingat berhabuk pulak blog aku ni kan. Walaupon habuknya versi digital yang tidak kelihatan tetapi tetap menggatalkan hidung bila mula2 menulis tadi.

Apa2 pon, first sekali aku nak ucapkan Selamat menjalani ibadah haji bila korang mampu nanti lah. Tapi buat masa ni Selamat menjalani ibadah puasa selama sebulan di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Hari ni dah nak masuk hari ketiga kita nak puasa ni. InsyaAllah, moga2 kita kuat dan terus bersemangat ye! Sebulan je pon. Makan tak hengat dunia
untuk 11 bulan yang lain bole! So tak kan yang sebulan ni pon liat kot? kihkihkih

Dan dalam perkembangan yang lain, aku telah dengan beraninya mendaftarkan diri untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah ataupon DEGREE! Arghhhhhhh even tulis pasal ni pon da buat aku stress balik. :(


InsyaAllah selama dua tahun ni, Taylors University di Lakeside Campus, Subang Jaya akan menjadi rumah kedua aku. Di sebabkan aku buat degree dalam field yang sama dengan diploma aku yang dulu so aku dapat jump terus ke 2nd year. Might be struggle a lil bit la. Tapi insyaAllah, korang doa2 kan lah eh.

Niat dihati aku nak sambung dekat Limkokwing jugak. Tapi disebabkan beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan membuatkan aku berasa ingin bertukar angin untuk menimba ilmu dirumah yang lain.

Pengalaman baru dekat Taylors adalah lokasi dia yang sangat posh. Kadang2 rasa terlalu kecil disana. Berbanding di Limkokwing dulu yang lebih rileks dan santai. May be sebab baru lagi. Lama sikit nanti okay la agaknya.

Jadual kelas saya

Class pertama aku bermula sama dengan bermulanya hari pertama kita berpuasa. Moga2 dengan berkat bulan mulia ni dapat la aku focus dengan class yang makin lama ku rasakan semakin mencabar. Kecut perut bila memikirkan tentang assignments yang bakal bersusun untuk disentuh oleh jari2 ku yang mulus dan macho ini. kahkhkhakah

Eh so sapa2 yang baca entry ni doa2kan lah apa2 yang patut ok. Aku rasa nak tulis sampai sini je dulu kot. Kepada saudara seagama ku, semoga mendapat keberkatan bulan Ramadhan ini. Berbuka tu ala kadar adalah yang sebaiknya. InsyaAllah kita semua akan dapat menempuhi bulan yang mulia ini dengan jayanya. Amin.. :)

notakaki: kebas2 kaki main pedal clutch. Almaklum drive keta manual dibulan puasa ni. Jalan jam. hehe

Memory Lane